Semalam Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkan pelaksanaan solat jenazah ghaib untuk penumpang dan anak kapal penerbangan MH370 tidak perlu diadakan sekarang.
Katanya jawatankuasa memutuskan bahawa kesemua anak kapal dan penumpang MH370 yang dikategorikan sebagai orang hilang(mahqud) dan dianggap sebagai orang yang telah meninggal dunia setelah usaha pencarian dibuat oleh pihak berkuasa.
Bacaan lanjut : [ MH370 ] Majlis Fatwa Tetapkan Solat Jenazah Ghaib Tidak Perlu Masa Ini
Apa itu solat jenazah ghaib? Di sini penulis ingin kongsikan serba sedikit cara pelaksanaan solat jenazah ghaib yang boleh dijadikan maklumat buat kita.
Solat ghaib adalah solat terhadap jenazah ahli keluarga atau saudara seagama yang meninggal di tempat yang jauh atau kepada jenazah yang telah dikebumikan tetapi tiada kesempatan bagi ahli keluarga si mati untuk menyembahyangkannya.
Solat Ghaib sunah dilakukan ketika mendengar berita kematian seseorang walaupun masa meninggal dunia sudah berlalu sehingga sebulan. “Sesungguhnya Nabi telah melaksanakan solat di atas (berhampiran) kubur, sesudah sebulan lamanya.”
Mayat yang ghaib boleh disembahyangkan walaupun telah dikuburkan. Yang lebih utama menyembahyangkan mayat ialah walinya, iaitu bapanya kemudian datuknya dan seterusnya ke atas, kemudian anaknya, cucu-cucunya dan seterusnya ke bawah. Di antara syarat-syarat untuk mengerjakan sembahyang jenazah ialah:
- Orang yang hendak menyembahyangkan jenazah mestilah sudah akil baligh, suci daripada hadas kecil dan besar, menutup aurat dan mengadap kiblat.
- Tidak disyaratkan masuk waktu, terutama jika ditakuti tubuh mayat itu rosak, maka hendaklah disegerakan sekalipun dalam waktu yang tidak baik (makruh)
- Jenazah itu mestilah telah selesai dimandikan serta dikafankan.
- Imam solat jenazah wajib menjelaskan rukun-rukun dan cara-cara sembahyang jenazah itu kepada para makmum kerana ditakuti ada di antara yang hadir tidak mengetahuinya atau terlupa.
Niat Solat Ghaib:
Niat jenazah yang diketahui namanya
Niat jenazah yang dikenali jenazahnya
Jika mayat yang ada itu ramai, lafaz niatnya adalah
Cara Melaksanakan Solat Ghaib
Solat Ghaib boleh dilaksanakan secara bersendirian atau berjemaah. Cara melakukan solat ghaib sama seperti solat jenazah biasa, cuma berbeza pada niatnya saja. Di dalam solat jenazah ghaib ini tidak terdapat rukuk, sujud, dan duduk tahiyyat hanya terdapat takbir dan salam. Iaitu semuanya dilaksanakan dalam keadaan berdiri, bermula dengan ‘Takbiratul Ihram’ dan berakhir dengan salam.
- Niat dan takbir pertama – Niat solat Jenazah, hendaklah dilintaskan dalam hati sewaktu ‘Takbiratul Ihram’ (Takbir Pertama)
- Baca Al-Fatihah
- Takbir Kedua
- Membaca selawat
- Takbir Ketiga
- Membaca doa – Contohnya seperti doa ringkas berikut:
- Takbir keempat
- Doa untuk si mati – Sebelum memberi salam, boleh juga dibaca doa berikut:
- Memberi salam ke kanan dan ke kiri
- Doa Selepas Solat Jenazah
Walaubagaimanapun menurut Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang menerangkan tentang solat jenazah ghaib :
Soalan: Dapatkah tuan memberi keterangan lanjut mengenai kawan sepasukan saya mati lemas, puas dicari oleh pasukan saya, juga penyelam dari Akademi Laut Malaysia tidak juga berjumpa. Bolehkah disembahyangkan gha’ib atas mayat atau tidak boleh?
Jawapan: Menjadi fardu kifayah atas yang hidup menyempurnakan mayat si mati iaitu dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan. Tetapi bagi mayat yang hilang tidak dijumpai, tidaklah dapat disempurnakan ke atas mayat itu. Dengan itu, tidaklah boleh disembahyangkan jenazahnya, ini menurut kitab I‘anah al-Talibin, juz’ 2, muka surat 131 yang berbunyi:
“Jika seorang yang hidup jatuh ke dalam lombong atau ke dalam laut dan tidak dapat dikeluarkan dan dimandikan, tidaklah disembahyangkan jenazah itu kerana tidak ada syarat-syaratnya atas qawl mu‘tamad. Adapun sembahyang gha’ib iaitu sembahyang di atas mayat yang jauh tetapi telah disempurnakan jenazahnya.