Saluran berita Fox News baru-baru ini telah membuat laporan dan mengaitkan Tragedi MH370 dengan keganasan islam. Lebih buruk lagi , laporan tersebut juga menyifatkan yang juruterbang dan pegawai pertama ( co-pilot) MH 370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan Fariq Abdul Hamid sebagai pengganas islam.
Saluran berita ini jelas memutar belitkan dan menyampaikan berita yang tidak benar kepada umum. Laporan seperti ini juga jelas mencemarkan imej agama Islam di mata dunia. Ini bukanlah kali pertama dan Fox News bukanlah satu-satunya media antarabangsa melaporkan berita seperi ini.
CNN , saluran berita dari Amerika Syarikat juga adalah yang gemar memburuk-burukkan imej agama Islam dan menggambarkan kepada dunia tentang pengganas Islam.
Melihat cara penyampaian berita tentang MH370 , CNN dengan tidak berselindung terus-terusan mengeruhkan keadaan dan memutar belitkan fakta.
Contohnya, dalam video di bawah, selain memperbesarkan cerita, laporan CNN seolah-olah mahu menggambarkan Malaysia memberi layanan buruk kepada keluarga mangsa pesawat MH 370 dan menggunakan terma “dragged” (heret) sebagai tajuk berita. Walhal perkara tersebut sebenarnya hanya dilakukan untuk menenangkan mangsa dan keadaan.
“All killed when flight crashed into ocean. Malaysia PM says.” Ini yang diletakkan di bahagian crawler CNN. Ketika Dato’ Sri Najib membuat pengumuman terma yang digunakan adalah “ended” dan perdana menteri juga tidak membuat spesifikasi tentang mangsa di dalam pesawat.
Banyak lagi untuk disenaraikan. Atas perlakuan Fox News dan CNN yang secara terangan menghina penganut agama Islam dan juga negara Malaysia, satu kempen #BoycottCNN telah dilancarkan di Facebook dan juga Twitter.
Terdapat juga cadangan untuk menghantar report di Facebook page CNN dan Fox News .
Jika anda setuju yang Fox News dan CNN adalah media yang tidak bertanggungjawab menyampaikan berita yang tidak benar, memutar belitkan fakta dan mencabul sensitiviti agama dan negara, ayuh sertai kempen ini ! #BoycottCNN