Jam 4.20 pagi tadi, seorang pelawak dan penyanyi veteran Datuk Ali Mamak meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Kuala Lumpur akibat penyakit leukimia.
Rakan baiknya, Abon memaklumkan Allahyarham Ali Mamak, 63, mengalami pelbagai komplikasi dua hari sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya.
“Pada asalnya arwah dimasukkan ke hospital akibat penyakit gout yang dihidapinya tetapi kesihatannya tiba-tiba merosot sehinggalah doktor mengesahkan beliau menghidap lukemia. Malah sempat menjalani rawatan kimoterapi sebelum mengalami pelbagai komplikasi lain akibat penyakit itu,” katanya.
Menurut Abon:
“Keadaan arwah semalam (Rabu) masih baik dan mampu memberi respon sekiranya ada tetamu datang menziarah selain masih boleh bercakap seperti biasa walaupun keadaannya lemah.
“Saya balik sebentar untuk solat Maghrib di rumah dan apabila saya kembali ke hospital keluarganya memberitahu dia sudah tidak sedarkan diri dan dipindahkan ke wad CCU (Unit Rawatan Kritikal),” katanya.
Difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Dusun Tua, Batu 16, Hulu Langat dekat sini dan akan dikebumikan sebelun solat Zohor ini.
Salam takziah buat keluarga Ali Mamak daripada kami di Wanista.com. Al-Fatihah.
– via