Patung barbie sering dianggap sebagai ikon kecantikan yang ideal bagi kebanyakan wanita. Dengan bentuk badan langsing, kaki yang panjang, rambut yang menawan, mata bundar dan dagu yang runcing, maka ramailah wanita yang memasang angan-angan dan fantasi yang alangkah baiknya jika punya rupa cantik bak patung Barbie.
Ketika bersolek misalnya, ramai wanita yang berusaha keras untuk mendapatkan hasil dan menjadikan patung yang menjadi mainan anak gadis sejak kecil ini sebagai inspirasi. Antaranya pemakaian kanta lekap berwarna ( dan memberi ilusi anak mata tampak lebih besar), bulu mata palsu dan teknik shading. Malah bukan perkara baru dan asing lagi wanita sanggup melakukan pembedahan plastik untuk tampil seperti patung Barbie seperti Valeria Lukyanova.
Namun, pernahkah anda terbayang rupa patung ini tanpa mekap? Adakah masih ideal dan cantik seperti yang diagung-agungkan?
Patung Barbie yang lebih realistik dan neutral ini adalah idea seorang artis bernama Nickolay Lamm.
Selain wajah, Barbie juga sering direka dengan bentuk badan langsing dan mempunyai kaki panjang. Bagaimana pula rupa anak patung Barbie dengan badan tipikal.
Patung Barbie hanyalah ikon kecantikan fantasi sahaja. Tidak ada manusia yang sempurna serba -serbi dan kecantikan itu tidak wajar didefinisikan sebagai kesempurnaan. Beauty is in the eyes of the beholder , setuju?