UNIQLO mengumumkan pelancaran koleksi khas yang diwujudkan dengan kerjasama ikon fesyen Perancis Ines de La Fressange. Konsep UNIQLO LifeWear sentiasa melangkaui fesyen dan memperkayakan kehidupan. Koleksi Spring Summer 2014 terus meneruskan misi ini, dengan bekerjasama dengan ikon fesyen Perancis Ines de La Fressange dalam menawarkan koleksi khas untuk wanita.
Tidak hanya mengikut trend , koleksi ini menawarkan pakaian yang Ines sendiri turut memakainya . Direka khas untuk membuat wanita berasa selesa dan kelihatan cantik, butiran seperti ketinggian garis pinggang, pembukaan garis leher dan secara keseluruhannya melalui pelbagai proses dan ketelitian untuk mewujudkan koleksi sempurna dan seimbang.
Ciri yangdipentingkan ikon fesyen perancis ini dalam berfesyen adalah kecantikan, keaslian, dan keanggunan. Ines juga tidak mementingkan harga sesuatu pakaian semata-mata malah gemar mencampur dan menggabungkan koleksi pakaian berharga murah dan mahal.
Koleksi ini terdiri daripada empat koleksi iaitu , ” Petite Parisienne ; Bleu, Blanc, Parisienne ; Nota Parisienne dan Souffle de Parisenne. Koleksi ini merangkumi topi, stoles , blaus dan seluar.
Koleksi UNIQLO terbaru ini boleh didapati secara ekskusif di UNIQLO Fahrenheit88 , koleksi ini akan dipasarkan di Malaysia mulai 28 Mac 2014. Koleksi terpilih juga boleh didapati di KLCC.