Konsert Twin Towers @Live 2014 yang sepatutnya berlangsung pada hujung minggu ini iaitu pada 28 hingga 29 Mac telah dibatalkan. Walaubagaimanapun, konsert artis antarabangsa Calvin Harris tetap akan diadakan pada Ahad ini selepas Grand Prix Formula One (F1) Petronas Malaysia. Berita itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali.
Razlan berkata perkara itu dimaklumkan kepada Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Belia dan Sukan pada Rabu untuk konsert itu diteruskan.
“Kami sensitif dengan insiden MH370 tetapi kami terpaksa meneruskan konsert berkenaan kerana ia termasuk dalam pakej pembelian tiket perlumbaan F1, kebanyakan pembeli tiket merupakan pelancong asing.
“Kebanyakan mereka datang untuk menyaksikan perlumbaan F1 dan Calvin Harris, jadi kami tidak boleh membatalkan konsert tersebut kerana ia menjejaskan kedatangan pelancong asing (peminat F1) ke negara ini,” katanya hari ini.
Menurut Razlan konsert di perkarangan KLCC merupakan konsert percuma dan terbuka kepada orang ramai berbeza dengan konsert selepas perlumbaan F1 yang akan diadakan di Helipad, Sepang. –via