Jatuh cinta semula dengan Koleksi Downy Parfum, rangkaian pelembut fabrik berwangian mewah yang dihasilkan mengikut trend wangian terkini dengan pereka-pereka wangian terbaik di dunia. Sebagai salah satu jenama pelembut fabrik terkemuka dunia, Downy kini membawakan inovasi baru ke Malaysia, Teknologi Penukaran Bau – yang menjadikan setiap sentuhan satu pengalaman wangian yang baru!
Untuk menekankan kepentingan wangian di dalam majlis-majlis sosial yang penting, Koleksi Downy Parfum telah melancarkan kaji selidik dalam talian hari ini dengan kerjasama portal rangkaian sosial dan fesyen Clozette untuk meninjau sekiranya pembaca bersetuju bahawa lelaki tidak begitu peka terhadap wanita berbanding ketika janji temu pertama. Adakah benar lelaki tidak peka terhadap wanita selepas janji temu pertama? Lawati www.clozette.co/downy untuk menyertai kaji selidik ini. Sertai juga perbualan di media sosial dengan #CluelessMan dan #DownyMY.
Bau memainkan peranan yang penting dalam menentukan tahap kepekaan kita terhadap seseorang. Bau yang menarik boleh menjadikan majlis-majlis sosial lebih bermakna, termasuklah janji temu pertama. Downy telah memilih salah satu pasangan pelakon paling popular di Malaysia, gandingan suami isteri Farid Kamil dan Diana Danielle untuk berkongsi pendapat mereka mengenai kepentingan bau dalam menghangatkan cinta di antara pasangan dan membawa kembali perasaan seperti ketika “janji temu pertama”.
Sepanjang bulan April dan May, pasangan ini akan berkongsi pendapat mereka tentang sama ada lelaki benar-benar tidak peka terhadap wanita selepas janji temu pertama dan menyeru para peminat Koleksi Downy Parfum untuk mengambil bahagian di dalam kaji selidik Clozette dan menimbulkan kesedaran di kalangan pengguna Malaysia tentang kebolehan untuk menghangatkan semula cinta dengan Koleksi Downy Parfum baru yang dipertingkatkan dengan Teknologi Penukaran Bau di laman-laman media sosial mereka.
- Ambil bahagian di dalam kaji selidik “Lelaki Tidak Peka Terhadap Wanita” di www.clozette.co/downy
- Sertai perbualan di media sosial dengan #CluelessMan dan #DownyMY
- Kongsi pandangan anda bersama Diana dan Farid di Instagram & Twitter (@DianaDanielleB | @FaridKamilZ) dan Facebook (www.facebook.com/DianaDanielleB & www.facebook.com/faridkamil.fanpage)
Koleksi Downy Parfum yang dipertingkatkan dengan Teknologi Penukaran Bau boleh didapati di semua cawangan runcit utama bermula April 2014. Harga Cadangan Jualan adalah RM5.85 untuk 370ML, RM10.90 untuk 900ML dan RM20.90 untuk 1.8L.