Akhbar The Star melaporkan pasangan warganegara Malaysia di Sweden iaitu Shalwati Norshal telah dijatuhi hukuman penjara satu tahun dua bulan atas tuduhan mencederakan dan memukul anak perempuan mereka dan anak sulungnya, serta mencederakan kedua-dua anak mereka yang lain. Sementara itu, Azizul Raheem Awalluddin, yang bekerja di pejabat pelancongan Malaysia di Sweden, dijatuhi hukuman penjara 10 bulan kerana dia didapati bersalah mengkasari anak sulungnya dan juga anak perempuannya serta anak kedua mereka. Walau bagaimanapun, dia telah dibebaskan daripada kesalahan terhadap anak bongsunya.
Mahkamah juga mengarahkan Shalwati dan Azizul membayar anak-anak mereka sebanyak RM33, 900 dan RM18, 362 , masing-masing.
Pasangan yang didakwa kerana dikatakan melanggar integriti keempat-empat anak mereka secara kasar dari tahun 2010 hingga 2013 ini menyifatkan sentuhan fizikal yang dilakukan mereka bukanlah berniat atau bertujuan untuk mencederakan sebaliknya merupakan suatu tindakan untuk mendisiplinkan anak-anak dan ianya diterima di dalam Islam.
Shalwati didakwa diatas kesalahan mencederakan Ammar , 12, yang merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik, dalam tempoh tiga tahun. Antara dakwaan terhadap Shalwati adalah dia telah mencederakan Ammar dengan tangannya dengan memukul beliau pada lengan , muka, leher dan badan. Shalwati juga didakwa menarik telinga dan memukul Ammar dengan menggunakan penyangkut baju, tali pinggang kulit dan batang kayu dalam tempoh tersebut.
Selain itu juga, dia didakwa menyerang dan mendera tiga anak lain iaitu – Aisyah , 15, Adam dan Arif, masing-masing berumur 12 tahun dan 8 tahun. Azizul Raheem juga didakwa diatas kesalahan menyerang dan mendera empat anak mereka. Jika sabit kesalahan , pasangan itu akan menghadapi hukuman penjara maksimum 10 tahun.
Sebelum ini kami pernah menulis satu artikel mengenai isu tentang sepasang suami isteri rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden sejak pertengahan Disember lalu, kerana memukul seorang anak mereka yang enggan bersolat menjadi semakin rumit apabila peguam pasangan itu membuat kenyataan kepada media tempatan, Astro Awani , mengenai anak guamnya yang dituduh pernah mendera anak mereka sebelum ini. Kristofer Stahre , peguam untuk Shalwati Nurshal berkata, bahawa dia telah dituduh memukul anak-anaknya beberapa kali dan beliau menambah yang anak guamnya tidak akan ditahan jika ia melibatkan satu kejadian sahaja.
Terkini, empat beradik anak pasangan warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden,memulakan sesi persekolahan selepas dibawa pulang ke negara ini 2 Februari lepas. Empat beradik itu, mula bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Kala dan Sekolah Kebangsaan Padang Kala yang terletak berhampiran rumah mereka di Kampung Wakaf Tok Wali di Kelantan.