Apa yang boleh dijanjikan di Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2014 ini ialah kemeriahannya dikunjungi oleh warga Putrajaya dan Cyberjaya.
Wanista cadangkan jika anda ingin melihat pertunjukan belon panas, waktu terbaik ialah 7.30 pagi dan juga 6 petang tetapi jika cuaca mengizinkan. Kalau hujan lebat, anda akan terlepas semua itu. Anda juga boleh naik belon panas pada sebelah petang dalam jam 6 hingga 7 malam sahaja, anda hanya perlu bayar RM20 dan dibenarkan masuk seramai 4 orang untuk satu belon panas.
Bagi mereka yang ingin mencari sedikit pengembaraan, Mountain Dew Extreme Zone mempunyai pelbagai keseronokan luar termasuklah sukan air dan wall climbing.
Jadi, jangan lepaskan peluang datang ke Putrajaya dan rasakan pengalaman ini sendiri!