Selepas menerbitkan rancangan televisyen dan buku, Anthony Bourdain itu kembali ke restoran tetapi bukan sebagai tukang masak, tetapi sebagai penganjur satu emporium makanan ala jalananan yang menjual pelbagai makanan antarabangsa di bandar New York.
Bermodelkan pusat penjaja jalanan terletak di Singapura , ia bakal menjadi hab makanan antarabangsa dimana akan menjadi ‘rumah’ kepada 50 gerai makanan yang setiap satunya mempunyai identiti sendiri. Terdapat makanan dari beberapa negara Asia Tenggara termasuklah Malaysia seperti Mi Pho Vietnam, Mi Kambing China, Laksa Sarawak dan sebagainya. Selain itu juga terdapat makanan dari Mexico dan Sepanyol.
Medan selera seperti ini bertindak sebagai tapak pemeliharaan budaya. Di Singapura, misalnya, pusat penjaja telah dibina oleh kerajaan sebagai satu cara untuk mendapatkan tukang masak daripada jalan tanpa membunuh perniagaan mereka. Pasaran jalan Essex di New York dibina untuk sebab yang sama.
Selaras dengan idea makanan jalanan , masakan akan dijual pada harga AS $ 5 hingga AS $ 25 ( RM16.50 hingga RM82 ) . Walaupun Bourdain dan rakan perniagaannya Stephen Werthen berahsia tentang lokasi yang tepat dan tarikh pembukaan medan selera berkenaan, khabar angin bertiup kencang bahawa ia akan dibuka di 3 World Trade Center. – The Star Online