Orangnya kecil tetapi badan seperti orang dewasa. Seorang budak berusia lapan tahun menjadi sensasi internet, semuanya kerana orang ramai meminati badannya yang tegap dan berketul-ketul malah mempunyai six packs.
Budak lelaki lapan tahun itu ialah Brandon Blake lagaknya seperti orang dewasa dengan mempunyai badan yang menarik. Untuk pengetahuan anda, dia hanya seberat 25 kilogram, malah, Brandon tidak menggemari permainan yang dimain oleh budak sebayanya sebaliknya lebih suka berlatih di gim.
Brandon dikenali ramai selepas selebriti Frank Medrano memuat naik gambarnya tersebut di dalam Facebook. Dia mengamalkan pemakanan sihat dan mengambil bijirin pada waktu pagi serta daging dan sayur-sayuran untuk hidangan makan tengahari dan malam.
Dia juga tidak mengambil makanan atau minuman manis, namun jika ingin sangat makan makanan berkenaan, Brandon hanya akan menikmatinya pada hari Jumaat. Bapanya yang juga bekas pemain bola, Mark, 32, berkata, anaknya menjadi sensasi internet dan diperkatakan di Hong Kong serta Australia. Menurut bapanya, Brandon seorang budak yang aktif dan suka berlatih di gimnastik.