Monday, April 12, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home News

Tiada Lagi Jambatan ‘Love Lock’ Yang Popular Di Paris?

by Malisa Aina
April 1, 2014
25
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Pont_des_Arts

Tiada Lagi Jambatan ‘Love Lock’ Yang Popular Di Paris? Satu kempen mengajak warga Paris untuk turut serta dalam mengharamkan trend mengunci mangga (love lock) di Pont de l’ Archevêché, juga dikenali sebagai jambatan kunci cinta.

Pada awal tahun 2000, mangga kunci cinta (love lock) mula muncul di jambatan itu, yang melintasi Seine. Pasangan, kebanyakannya pelancong asing, menulis nama mereka pada mangga dan menguncinya lalu membuang kunci sebagai lambang cinta berkekalan hingga hujung nyawa. Sejak empat tahun lalu bilangan mangga kunci telah meningkat.

[7 Gambar] Kaki Travel Kini Boleh Sewa “Rumah Coklat” Bila Melancong Ke Paris!

October 4, 2018
Foto - fashion.popbela.com

Ini Cara Wanita Perancis Jaga Rambut. Korang Pun Boleh Ikut!

March 16, 2018

Kini terdapat kira-kira 700,000 mangga kunci di jambatan tersebut, Lisa Anselmo dan Lisa Taylor Huff, dua rakyat Amerika yang tinggal di Perancis telah melahirkan rasa bimbang dengan trend ini yang menjadi terlalu berbahaya malah mereka mewujudkan satu petisyen untuk pengharaman trend ini.

Gambar:http://i.dailymail.co.uk
Gambar:http://i.dailymail.co.uk

“Orang ramai sanggup memanjat pagar untuk meletakkan mangga kunci, kiranya pelbagai aksi dilakukan demi menunaikan hasrat juga impian mereka, aktiviti ini sekaligus mempertaruhkan dan mengancam nyawa mereka malah merbahayakan keadaan sekeliling. Ini bukan soal cinta lagi, ini sudah keterlaluan,” kata Anselmo.

“Bukan itu sahaja, berat kunci itu mewujudkan isu keselamatan. Suatu masa dahulu, Pon des Arts hanya sebuah jambatan kecil tetapi kini menampung 93 tan ( 102 tan ) dari kunci. Kerap kali kerja membaik pulih pagar tersebut dilakukan kerana ianya terlalu berat. Jadi, langkah terbaik ialah dengan melakukan kempen petisyen bagi mengharamkan trend ini terus berleluasa,” tambahnya lagi.

IKLAN

Setakat ini petisyen telah mencapai 1,700 tandatangan dalam tempoh hampir dua bulan.

Walaubagaimanapun, menurut Jean -Pierre Lecoq, Datuk Bandar yang percaya bahawa penyelesaian yang mungkin adalah dengan mengeluarkan kunci selepas enam hingga 12 bulan supaya trend tidak perlu diharamkan sama sekali.

“Ini bukan sahaja akan meringankan beban pada pagar tetapi ia juga akan memberi ruang untuk peminat yang mahu menggantungkan mangga kunci mereka,” katanya.

Sumber: 1, 2

Tags: FRANCEharamkan love lockjambatan love lockkempen pengharaman love lock di parislove locklove padlockparisperancisTiada Lagi Jambatan 'Love Lock' Yang Popular Di Paris?trend love lock
Share1Tweet1Send

ARTIKELTERKINI

Mekap Mudah 10 Minit, Tak Pakai Foundation Tetap Cantik

Ini Yang Orang Korea Makan, Kulit Wajah Bersih Bersinar

Solat Tarawih Di Rumah, SOP Terjaga Pahala Pun Dapat

Nampak Lebih Muda Dengan Makan Jenis Supplement Ini

Diet Makan Sup, Cuba Aneka Resepi Yang Menyelerakan Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.