Kit Kat Bakar dan Pizza Kit Kat, menu baru yang bakal menambat selera anda. Nestle Jepun telah memperkenalkan Kit Kat versi bakar ketuhar. Menariknya, produk baru Nestle kit kat bakar ini digunakan dalam resipi masakan di restoran dan kafe negara matahari terbit itu. Agaknya, macam mana rasanya pizza kit kat? Hurmmm
Nestle Jepun memperkenalkan Kit Kat versi bakar pada awal bulan ini, dengan mempunyai dua pilihan iaitu sama ada ‘mentah’ atau dijadikan snek biskut dengan memasak selama dua minit dalam ketuhar. Nestle Jepun memperkenalkan Kit Kat Bakar pada 24 Mac di bawah slogan ‘Have a bake, have a Kit Kat’.
Kit Kat bakar ini mendapat sambutan apabila beberapa restoran pizza dan kafe di Jepun telah menggunakannya dalam hidangan resepi pizza mereka. Restoran pizza seperti Napoli no Kama dan Strawberry Cones telah meminta kebenaran Nestle untuk menggunakan Kit Kat bakar dalam menu pizza mereka. Malah, Napoli no Kama mula menjual Kit Kat pizza pertama pada hari Jumaat lalu dengan harga 1,630 Yen untuk saiz yang sederhana dan difahamkan mendapat sambutan menggalakkan.
Jadi, yang mana satu pilihan anda, kit kat biasa ataupun kit kat bakar ataupun menu pizza kit kat bakar?