Kami agak pasti ramai di antara anda yang sudah menonton video adegan curang seorang suami bersama skandalnya di dalam bas dan telah ditangkap oleh isterinya. Video yang mempunyai dua bahagian itu dikatakan direkod oleh seorang wanita di dalam sebuah bas di Singapura adalah mengenai seorang wanita yang berumur sekitar 50-an yang memarahi suaminya di khalayak ramai kerana terlalu berang dengan tindakan suaminya yang curang bersama seorang gadis muda.
Walau bagaimanapun, ada rakyat Singapura yang mengenali wanita itu yang juga merupakan seorang pelakon wanita bernama Siti K… Dan ya, ianya merupakan video prank April Fool oleh stesen televisyen Media Corp Singapura untuk rancangan komedi ‘The Noose’ . Amacam? Tertipu tak?
April Fool!