Jika anda ingin berfesyen tetapi kurang mahir kemahiran mix and match, kami di Wanista menyarankan anda untuk cuba fesyen maxi dress ataupun gaun labuh. Selain nampak manis dan sopan, maxi dress adalah “jalan pintas” untuk anda kelihatan bergaya sekelip mata dan juga selesa.
Maxi dress lebih mudah digayakan kerana anda tidak perlu peningkan kepala memikirkan kombinasi top dan seluar atau skirt yang sesuai . Kuncinya mudah, anda boleh memakainya begitu sahaja, atau kombinasikan dengan
1. outer wear (yang hampir semuanya akan padan dan nampak kena dengan maxi dress),
2. padanan aksesori (yang boleh dipakai berulang-ulang) dan
3. kasut ( yang hampir semuanya sesuai dipadankan)
Fokus kepada fesyen yang sopan, tidak terdedah dan mencolok mata, kami kongsikan 10 fesyen maxi dress dari laman web Lookbook.nu, digayakan fesyenista dari seluruh dunia. Fesyen ini juga sesuai digayakan oleh mereka yang berhijab.
- Antara item paling serasi digayakan bersama maxi dress adalah outer wear. Selain menambahkan dimensi gaya, outer wear seperti kardigan, jaket, blazer, kot, crop top malah baju panas (sweater) akan ‘menyelamatkan’ anda daripada imej seksi. Tambahan pula , kebanyakan maxi dress yang dijual di pasaran direka tanpa lengan ( sleeveless).
Terdapat juga banyak maxi dress yang sedia dijual dengan lengan panjang. Jadi lebih mudah digayakan. Namun jika anda tidak mahu ia nampak terlalu polos, boleh juga padankan dengan outer wear tanpa lengan, seperti digayakan Lucy, fesyenista dari Netherlands ini.
- Jika anda bijak bermain aksesori, anda boleh tampil lebih menarik lagi. Topi, skarf, cekak rambut, tali pinggang dan rantai antara yang boleh dijadikan padanan.
- Anda juga boleh memilih dress bercorak dengan motif floral, fauna, belang, kotak-kotak, abstrak, tribal dan banyak lagi.
- Tiada batasan dalam pemilihan kasut untuk dipadankan, anda boleh pakai apa sahaja jenis kasut, termasuk heels,wedges, flat, ankle boot malah sneakers pun tidak kelihatan janggal.
Tips lain :
1. Untuk mereka kecil molek dan tidak begitu tinggi, jangan pilih jenis yang tidak terlalu kembang, khuatir anda akan