Restoran Bulgogi Brothers kini menawarkan promosi “Feast for 2”. Promosi berharga RM 69.90++ ini menghidangkan 1 appetizer, 1 hidangan barbeku, 1 hidangan stew atau nasi campur dan juga 1 hidangan mi .
Pengunjung juga boleh mencuba pengalaman gastronomik yang dikenali sebagai “Hanjeongsik” di Korea di mana mereka berpeluang merasa dan mencuba pelbagai hidangan tradisional Korea dalam satu meja. Jadi pengunjung boleh menggabungkan mana-mana dari 4 pilihan appetizer dengan 4 pilihan barbeku, 3 jenis stew ,3 jenis nasi dan 3 jenis hidangan mi.
Antara hidangan lazat yang dihidangkan adalah Seafood Pancake, Beef Tartare, Tofu with Chicken, atau Crispy Chicken with Leeks Salad, Bulgogi Brothers Special Barbecue, Spicy Chicken Bulgogi, Seoulsik Bulgogi dan banyak lagi
Promosi “Feast for 2” ditawarkan di semua Restoran BBQ Korea Bulgogi Brothers pada malam Isnin-Jumaat (weeknights) dari bulan Mac hingga Mei 2014.
Bulgogi Brothers dibuka setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad dari 11:00 hingga 10 malam (kecuali cawangan Mid Valley) dan menerima semua kad kredit utama.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Bulgogi Brothers di 03-7722 3633 (e @ Curve); 03-2282 2292 (Mid Valley); 03-7887 3543 (Paradigm Mall) dan 03-2141 9620 (Pavilion KL ) atau layari www.bulgogibrothers.com.my atau facebook.com / BulgogiBros.My