Menurut laporan di The Malaysian Insider , masih terdapat keretakan baru yang ditemui di kawasan apron dan bangunan KLIA2 yang telah menimbulkan keraguan terhadap tahap keselamatan terminal lapangan terbang itu beberapa minggu sebelum operasi bermula.
Sumber industri itu memberi 13 keping gambar yang diambil semalam kepada The Malaysian Insider, yang mendedahkan keretakan di kawasan apron dan dinding terminal dua tingkat pesawat tambang murah itu. Seperti yang kita sedia maklum, Terminal Penerbangan Tambang rendah atau Low-Cost Carrier Terminal (LCCT) akan ditutup pada 9 Mei 2014, bagi memudahkan pembukaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2). Dan apa yang kita tahu, pihak Air Asia enggan berpindah ke KLIA2 sehingga semua isu-isu keselamatan diselesaikan. Menurut laporan juga, Air Asia tidak mahu berganjak dari terminal LCCT, walaupun amaran bahawa LCCT akan ditutup pada 9 Mei depan.