Rasai pengalaman Dinoscovery by Dinosaurs Live! Exhibition di Discoveria, Avenue K. Sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun dan ke atas, Dinoscovery by Dinosaurs Live! Exhibition direka untuk menyediakan satu pengalaman yang sangat menyeronokkan.
Dan seolah-olah seperti seorang ahli paleontologi di mana pengunjung dapat melihat dinosaur yang lebih besar daripada yang hidup bergerak dan mendengar mereka mengaum di dalam habitat mereka. Selain itu, pameran
itu juga menyediakan pengunjung peluang untuk menonton dokumentari pendek dinosaur di pawagam 3D.
Antara tarikan utama pameran ini termasuklah Dino Quest,iaitu aktiviti mencari specimen dinsaour dengan menggunakan teknologi RFID (Radio Frequency Identification ). Pelawat yang menyertai semua aktiviti akan diberikan sijil Ahli Paleontologi Junior atau Ahli Paleontologi Expert oleh Kapten Dinoscovery di akhir penjelajahan pameran ini.
Antara aktiviti-aktiviti lain yang menarik ialah peluang untuk mengambil bahagian dalam pengembaraan menyelamatkan dinosour dengan menembak haiwan perosak, menggali serta mencari fosil dan peluang mempelajari tekstur bahan buangan dinasour sera banyak lagi aktiviti menarik yang lain.
HARGA TIKET
- Tiket untuk kanak-kanak berumur 17 tahun dan ke bawah yang berharga RM35 untuk rakyat Malaysia dan RM50 untuk bukan rakyat Malaysia
- Tiket untuk orang dewasa yang berharga RM25 untuk rakyat Malaysia dan RM40 untuk bukan rakyat Malaysia.
- Warga emas (berumur di atas 60) dan orang kurang upaya hanya membayar RM19.
- Dibuka pada 10 pagi sehingga 10 malam setipa hari dan cuti umum daripada 10 pagi sehingga 9 malam sahaja.
Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan mengenai pameran itu, sila layari www.discoveria.com.my atau hubungi +603-2181 7218. Pameran akan berterusan sehingga Februari 2015.
Tempat: Discoveria, Tingkat 4, Avenue K, Jalan Ampang, Kuala Lumpur