Gambar di atas yang menunjukkan cebisan daging mayat manusia yang berkecai dan terdapat wajah Datin Seri Rosmah Mansor telah dimuat naik oleh seorang pemilik akaun Facebook dengan nama ‘Syed Saifullah’.
Gambar tersebut mula dimuatnaik dan disebarkan pada hari Jumaat lepas dan telah membanjiri laman sosial Facebook dan Twitter. Turut dimuat naik adalah teks,
“Dari ia kite datang, dan dari ia jugak kiter dikembalikan… pesawat yang membawa isteri dan PM dlm perjalanan pulang dari Perth telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas kat Lautan Sumatera Selatan… Al-Fatihah”
Bagaimanapun , menurut Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh, lelaki yang juga pemilik akaun berkenaan telah ditahan polis di rumahnya di Seri Iskandar, Perak bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar tersebut.
Polis turut merampas beberapa barang milik suspek seperti telefon bimbit, komputer peribadi dan beberapa alatan yang lain yang disyaki digunakan dalam penyebaran gambar tersebut.
“Sebagai ibu, saya nasihatkan budak ini agar kembali ke pangkal jalan. Kita sama-sama doa dia kembali ke pangkal jalan.”“Saya kata jangan layan budak ini…don’t go down to their level (jangan ikut sikap buruk mereka),” katanya.