Pelakon jelita Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, khabarnya bakal menghadiahkan kereta mewah kepada anak lelaki sulungnya Ammar Effendy atas kecemerlangannya dalam peperiksaan SPM.
Ammar, 18,telah mencatat keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan SPM baru-baru ini. Menurut laporan akhbar Berita Harian, Ammar pernah memberitahu kepada Rozita akan keinginannya untuk memiliki sebuah
kereta sport atas kejayaannya itu dan apabila ditanya kepada Rozita sendiri, Rozita mengesahkan yang
anak kesayangannya itu menginginkan kereta BMW X6.
Usaha keras anak sulungya itu sememangnya amat berbaloi, tentu ramai yang akan mencemburui tuah Ammar, manakan tidak, Ammar baru sahaja berusia 18 tahun tapi sudah dapat memiliki kereta semewah itu. Beruntung sungguh! Dikhabarkan juga Ammar bakal melanjutkan pelajaran di University of Nottingham bulan Mei hadapan! Kami di Wanista mengharapkan yang Ammar akan meneruskan kecermelangannya di peringkat universiti dan tidak lalai dengan kemewahan yang dilimpahkan kepadanya.
Namun menurut laporan Sinar Harian, Ammar perlu menunggu sehingga urusan Rozita dan suaminya Zain Saidin selesai menguruskan pembelian kereta baru untuk keluarga itu . Rozita merancang untuk membeli kereta baru yang lebih besar untuk memudahkan mereka sekeluarga berulang alik memandangkan beliau sedang hamil dan ahli keluarga juga bakal bertambah.
Sumber : Sinar Harian & Berita Harian