Sebelum ini, pelakon Diana Rafar pernah dipilih untuk produk Maixara. Kini tanggungjawab itu beralih kepada Emma dalam mempromosikan rangkaian produk diusahakan pasangan suami isteri sejak 2009. Kini Maixara mempunyai lima rangkaian produk iaitu Maixara C, Maixara C Sential, Maixara White Essential, Maixara Q Berry, Maixara Slim Look dan Maixara Miracle.
Menurut Emma selaku duta produk Maixara mengatakan dia telah mencuba produk ini lebih sebulan dan ternyata ianya cukup serasi dengannya. Emma sudah mencuba Maixara C Sential, Maixara White Essential dan Maixara Q Berry.
Kehadiran Emma selaras dengan perubahan baru Maixara. Bukan saja dari aspek pembungkusan semula, produk Maixara juga dirumus dengan formula baru dan pastinya produk kami mempunyai kandungan asli. Semestinya tiada pengawet atau pewarna tiruan.
Maixara C Sential
- Mengandungi kolagen, vitamin c, silk peptide dan apple fibre
- Tablet dengan rasa strawberi yang enak dikunyah
- Mencerah, melembut, menganjal, menghalus, dan melembapkan kulit
- Menghilangkan masalah kulit seperti jeragat, jerawat, parut, excema, alahan kulit dan lain-lain
- Harga – WM(RM95.00) EM(99.00)
Maixara White Essential
- Formula diperkaya dengan 15X anti oksida
- Sesuai untuk semua golongan termasuk wanita mengandung dan warga emas
- Mencantikkan struktur kulit dengan menjana sel kulit baharu
- Mencerahkan kulit secara menyeluruh
- Menghilangkan masalah kulit seperti jeragat, jerawat, parut dan lain-lain
- Bertindak sebagai anti penuaan
- Harga – WM(RM140) EM(RM150)
Cara makan produk Maixara – hanya perlu kemam dan larutkan di dalam mulut. Produk ini mudah dimakan dan rasanya seperti gula-gula candy, langsung tidak pahit seperti produk lain. Lelaki dan perempuan boleh makan, tidak terhad usia.
Sebarang info mengenai Maixara, boleh ke Facebook Maixara, Instagram @maixaraofficial ataupun layari laman web rasmi Maixara.