Sebelum ini, kecoh dengan berita seorang pelajar berusia 20 tahun sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Arau, Perlis terpaksa merelakan dirinya dicabul oleh seorang pensyarah yang juga penceramah dan pakar motivasi terkenal hanya kerana risau gagal dalam subjek yang diambilnya.
Ramai yang berteka-teki siapa pensyarah merangkap pakar motivasi terkenal yang dimaksudkan itu, tiba-tiba Malaysia dikejutkan dengan dakwaan berserta dengan laporan polis yang mana Profesor Izzi Haji Ali melakukan tindakan yang tidak senonoh terhadap seorang pelajar UiTM Arau, Perlis.
Mangsa, Nur Shuhada Shahadan sebelum ini telah membuat laporan di Balai Polis Arau, Perlis mendakwa dirinya dicabul oleh Profesor Izzi Haji Ali. Mangsa mendakwa Profesor Izzi melakukannya perbuatan tidak senonoh di dalam pejabatnya.
Butiran keterangan polis dan mangsa memuat naik status di laman sosial miliknya.
Walaubagaimanapun, ada juga pihak yang seperti tidak mempercayai dakwaan tersebut dan ada juga yang mensahihkan laporan polis yang dibuat Nur Shuhada itu. Yang boleh diperhatikan sesetengah yang mensahihkan dakwaan tersebut merupakan pelajar dan bekas pelajar Uitm Dungun, malah mereka ada mendengar banyak cerita kurang enak tentang Profesor yang terkenal dengan tagline ‘Renung-Renungkan Dan Selamat Beramal’ itu. Hurrmmm…
Selepas mengambil sikap berdiam diri selepas didakwa mencabul dengan meraba payudara seorang pelajarnya, Profesor Izzi Ali mula memberi reaksi di laman Facebook miliknya. Melihatkan pada status, adakah kena mengena dengan kes dakwaan tersebut? Benar atau tidak, kita nantikan laporan seterusnya.