Bukan sahaja negeri Kedah tetapi di Pulau Pinang dan Perak kini dilanda musim bunga. Suasana indah ini bagaikan berada di Jepun dilimpahi guguran bunga Sakura, berwarna putih dan merah jambu. Malah, anda boleh lihat sendiri pengguna laman Facebook dan Twitter tidak terkecuali memuat turun keindahan suasana itu untuk dikongsi bersama sahabat handai. Wahh, lepas ini tak perlu pergi jauh nak tengok musim bunga, dalam Malaysia pun ada juga…
Fakta
- Pokok Tabebuia ini dikenali dengan nama pokok tecoma dan trumpet merupakan tumbuhan asli dari Mexico hingga ke bahagian utara benua Amerika Selatan.
- Terdapat lebih 50 spesis Tabebuia yang dibezakan melalui warna dan bentuk bunganya.
- Pokok daripada spesis ini mengeluarkan bunga berwarna putih, kuning, perak, merah dan merah jambu.
- Ia ditanam di kebanyakan negara tropika sebagai pokok hiasan dan membiak melalui biji benih dan boleh dibiakkan melalui keratan batang atau ranting.
- Menariknya, pokok yang diberi gelaran Sakura ini memerlukan musim kering yang ketara sebelum mengeluarkan bunganya yang lebat.
- Antara keistimewaan pokok ini ialah ia mempunyai aktiviti seperti antibakteria dan antimalaria, selain sesuai dijadikan halangan angin, pokok hiasan di jalan raya dan perumahan.