Belajar sambil makan ais krim? Itulahlah ais krim Magnolia Gotcha Safari Baru. Magnolia Gotcha Safari menjadikan pembelajaran menyeronokkan dengan menawarkan fakta menarik setiap haiwan dengan setiap batang aiskrim. Dapatkan pengalaman Gotcha Safari yang mengajar anda tentang haiwan semasa menikmati ais krim. Langkah pertama untuk menikmati pengalaman Safari adalah dengan membaca fakta-fakta tentang haiwan pada pembungkus, diikuti dengan mempelajari tentang corak jalur ketika membuka bungkusan sambil menikmati ais krim yang unik.
Kanak-kanak boleh belajar tentang Zebra, Tiger dan Leopard. Zebra dihasilkan dengan campuran perisa Cola dan Lemon-Lime yang membentuk corak bulu jalur hitam dan putih kuda belang. Tiger mempunyai gabungan yang menarik Coklat dan Vanila dengan jalur hitam dan oren. Leopard mempunyai gabungan perisa Limau dan Anggur dengan bintik-bintik seperti kulitnya.
Gotcha Safari sudah berada di pasaran dan dijual pada harga RM1.50 sebatang. Perk variasi yang mengandungi dua Zebra dan dua Tiger juga boleh didapati di pasaran pada harga RM5.80 setiap pek. Wanista berpeluang merasai keenakan ais krim Gotcha Safari dan boleh dikatakan ini cara mudah untuk kanak-kanak mengenali spesis haiwan dengan lebih mudah. Sambil makan boleh tuntut ilmu.
Jadi, apa tunggu lagi adik-adik, boleh dapatkan ais krim yang sedap lemak berkrim ini di kedai sekarang!