Nak selfie tidak salah tapi kena tengok keadaan dan tempat. Kadang-kadang sebab dah terlalu kemaruk nak selfie sampai lupa keadaan anda ketika itu. Pastikan gambar yang ingin anda muat turun di Facebook ataupun Instagram nampak elok dan menarik untuk dilihat. Ini kesilapan biasa yang sering anda lakukan.
1. Bila ditangkap – Anda sedang syok selfie tanpa sedar ada yang memerhati tingkah laku anda. Hahaha, malu sangat! Jadi, pastikan bila anda sedang selfie tiada orang yang sibuk melihat. Anda pasti tidak mahu adik, abang atau kakak anda melihat anda dengan pelbagai mimik muka untuk selfie.
2. Cuba semak background – Jika anda mengambil gambar di dalam bilik anda, pastikan anda membersihkan sedikit agar tidak semak. Setiap orang mempunyai timbunan pakaian kotor dan teddy bear, tetapi anda mungkin tidak mahu semua orang melihatnya. Pastikan juga tiada apa-apa yang memalukan pada bingkai gambar anda. Lebih baik jika anda mengemas terlebih dahulu. Mungkin anda rasakan tidak perlu tetapi manalah tahu ada orang yang ringan mulut berkata nanti.
3. Hati-hati dengan cermin – Cermin adalah satu kuasa berbahaya yang disegani. Jika terdapat apa-apa di belakang anda semasa sedang selfie, hati-hati. Anda tidak mahu kamera menangkap sesuatu yang tidak sepatutnya untuk melihat. Apabila anda ingin selfie pastikan anda menyemak keseluruhan gambar, dan bukan hanya muka cantik anda.
4. Post terlalu banyak selfie – Okay, kami akui anda nampak cantik dengan pose sedemikian tetapi tidak perlulah muat turun 30 selfie dengan hanya pose yang sama, syok sendiri rasanya. Pilih dalam satu atau dua sudah memadai.
5. Muka pelik – Duckface, sellotape dan pelbagai lagi jadi trend selfie. Jika anda
bernasib baik dapat selfie dengan PM ke nanti, anda mungkin tidak mahu muka pelik terkeluar lidah macam Miley Cyrus pula nanti. Jadi, nak selfie kena tengok keadaan.
6. Pastikan anda berada dalam keadaan yang elok – Tiada makanan terselit di gigi, rambut berada dalam keadaan baik tidak kusut-masai, baju tidak terkoyak dan macam-macam lagi. Pendek kata, pastikan anda berada dalam keadaan yang baik.