Melukis menggunakan chopstick? Pernah terbayang? Pelukis berbakat dari Sabah, Hong Yi atau lebih dikenali dengan Red mempertaruhkan bakatnya dengan mencipta potret Jackie Chan menggunakan 64,000 chopstick sempena kelahirannya baru-baru ini.
Terfikir bagaimana Red mencipta potret Jackie Chan dengan menggunakan chopstick? Menurut Red dia menghabiskan masa selama sebulan untuk mencari konsep, perancangan dan juga mencari sumber material mencipta potret Jackie Chan dan usahanya berbaloi kerana hasil sangat da bomb. Malah, pencapaian dan bakat yang dimiliknya memberi hasil lumayan kerana dia berpeluang bekerjasama dengan Jackie Chan baru-baru ini dalam sebuah video.
VIDEO MENGHASILKAN POTRET JACKIE CHAN GUNAKAN 64,000 CHOPSTICK