Pembedahan bina semula selaput dara? Untuk pengetahuan anda, teknik pembedahan kosmetik untuk memulihkan selaput dara menerusi kaedah tampalan atau istilah perubatannya ‘hymenoplasti’ yang boleh dikatakan makin pupular di Kuala Lumpur ini.
Teknik pembedahan ini dilakukan terutama dalam kalangan gadis terlanjur, wanita berduit dan golongan kenamaan. Golongan terbabit berbuat demikian dengan memberi alasan tersendiri. Gadis terlanjur melakukannya untuk mengaburi bakal suami menjelang malam pertama perkahwinan, manakala wanita yang lama berkahwin pula bagi memuaskan hati suami.
Walaubagaimanapun, dari segi perubatan ia bukan kesalahan tetapi bagi wanita Islam, kaedah itu haram kerana menipu bakal suami selain pembaziran bagi yang berkahwin.
Menurut Harian Metro, Hymenoplasti atau bina selaput dara ialah pembedahan kosmetik bagi membina semula selaput dara selepas yang lama terkoyak akibat hubungan seks kali pertama, kecederaan ketika bersukan, terjatuh, senaman ekstrem atau onani dengan memasukkan objek keras. Pembedahan itu membabitkan penampalan membran baru pada bahagian luar alat kelamin wanita dan mampu berfungsi seperti selaput dara asli.
Kami kongsikan fakta mengenai selaput dara. Selaput dara atau hymen adalah lipatan membran yang menutup sebahagian luar faraj. Bentuk selaput dara paling umum adalah sabit. Selepas seorang wanita melahirkan, selaput dara yang tertinggal disebut carunculae myrtiformes. Selaput dara tidak mempunyai fungsi anatomi yang diketahui. Selaput dara biasanya tidak rosak kerana sukan atau menggunakan sanitary pads. Di saat seorang wanita mencapai usia baligh, selaput dara menjadi anjal. Hanya sebilangan wanita melaporkan pendarahan ketika mereka pertama kali melakukan hubungan seks.