Tanggal 1 Januari 2014 lalu ganja mula dijual secara sah di farmasi dan kedai ganja seluruh Colorado. Jualan ganja kini dijual secara sah oleh pihak kerajaan tempatan Colorado bagi mengawal sindiket jenayah terancang yang selama ini mendapat keuntungan dengan penjualan ganja secara haram.
Ganja kini boleh dibeli secara terbuka di farmasi-farmasi terpilih dan menghisapnya pula bukan lagi dianggap jenayah. Menurut aktivis legalisasi ganja apa yang berlaku di Colorado adalah langkah yang sangat dialu-alukan. Penghisap ganja dapat menghisap ganja tanpa rasa takut disumbat ke dalam penjara dan kerajaan mendapat keuntungan melalui kutipan cukai.
Gawker melaporkan bahawa kerajaan akhirnya mendedahkan mesin layan diri ganja pertama di Amerika. Mesin layan diri ganja itu terletak di Avon, Colorado. Mesin berwarna hijau terang yang terletak di luar Montana Smokehouse dibekalkan dengan pelbagai pilihan ganja.
Walaubagaimanapun, mesin layan diri itu hanya boleh digunakan oleh pengguna dengan kad perubatan, yang juga mesti mengimbas kad yang sah untuk akses seterusnya mendapatkan pilihan ganja mereka.