Bagi anda yang tidak mempunyai apa-apa aktiviti hujung minggu ini, mungkin anda boleh berkunjung ke World Hijab Festival Malaysia 2014 yang bakal berlangsung pada 19 dan 20 April ini di Zebra Square ( Off Jalan Tun Razak ) Kuala Lumpur.
Ramai selebriti tempatan bakal memeriahkan acara yang dianjurkan oleh Baitul Fiqh untuk mengumpul dana menguruskan rumah kebajikan itu termasuklah Miss Universe Malaysia 2013 , Puan Carol Lee, model Bkay Nair, penyanyi Mizz Nina dan pelakon Natasha Hudson serta tidak lupa hub fesyen terkemuka Zalora.
Terdapat pelbagai aktiviti yang bakal diadakan semasa acara itu berlangsung termasuklah sesi ceramah motivasi mengenai cinta, kasih sayang dan kuasa wanita, sesi fesyen dan styling , charity bazaar yang menjual pelbagai pakaian dan barangan baru serta terpakai, minuman dan makanan serta kraftangan.
Rumah amal Baitul Fiqh memerlukan sekurang-kurangnya RM25,000 sebulan untuk menguruskan rumah berkenaan dan kini mencari dana luar untuk membantu mereka.
Bagi yang ingin menderma, anda boleh hubungi wakil Baitul Fiqh ( Puan Norhayati )
016-9002639 ataupun ke No 158, Jalan SS14, Subang Jaya.