Kami pernah menulis mengenai fesyen pelakon Lupita Nyong’o yang sentiasa on point apabila ke acara karpet merah dan menghadiri majlis anugerah. Sesungguhnya kami tidak pernah puas dengan fesyen dan kecantikan gadis unik ini! Lupita, 31 tahun, dan juga pemenang anugerah Oscar dengan lakonan sebagai Patsey di dalam filem “12 Years a Slave” sebenarnya layak memenangi anugerah selebriti dengan gaya paling menawan!
Kami ingin kongsikan 6 warna gincu menawan yang dipakai oleh beliau.
Ungu
Semasa menghadiri Anugerah Gabenor 2013, Lupita mengenakan gincu berwarna ungu dan memadankan degan solekan pembayang mata ungu logam pada tengah bibirnya menggunakan Q- Tips untuk menambahkan tekstur menarik pada bibir.
Merah
Semasa tayangan filem 12 Years A Slave di NYC, Lupita mengenakan gincu merah klasik dari Tom Ford Lip Color in Cherry Lush. Untuk mendapatkan warna yang serupa dengan Lupita, jurusolek mencadangkan agar anda meletakkan gincu terus dari tiub dan gincu yang berlebihan boleh dibuang dengan Q-Tip.
Orkid
Warna ungu orkid merupakan warna panton untuk tahun ini dan ramai yang tidak terkejut apabila Lupita begitu gemar mengenakan warna yang berani ini dan katanya lagi , beliau mengambil ilham itu daripada koleksi Miu Miu untuk musim bunga 2014.
Oren
Lupita juga berani mencuba warna terang seperti oren dan dia memilih untuk mengenakan gincu Diorific lipstick in Dolce Vita dan menambah Dior Addict Gloss in Paradise di bahagian tengah bibir untuk efek dramatik.
Gangsa
Ikon fesyen ini sering kali mencuri tumpuan dengan gayanya yang menarik dan dia tidak takut untuk mengoles gincu berwarna gangsa pada bibirnya. Lupita memilih mengenakan Pengilat bibir Dior Addict In Cynge Noir dan menambah pembayang mata berwarna emas Sisley Phyto-Ombre Glow untuk menyediakan kemasan mempesonakan.
Pink
Ketika duduk barisan hadapan di Calvin Klein semasa NYFW , bintang ini memilih gincu berry terang. Bagi anda yang ingin kelihatan cantik seperti Lupita, anda boleh cuba mengenakan CK One Pure Color Lipstick in Wanted.
Hitam
Ini adalah salah satu daripada tindakan paling berani, tetapi dengan pemakaian yang betul, Nyong’o berjaya membuktikan gincu hitam tidak perlu menjadikan dia berimej gothic. Bagaimana ? Hanya sapukan gincu dengan sedikit sahaja kilauan ( bukan matte ataupun terlalu gelap ) dan kesannya boleh menjadikan anda feminin dan glamor.