Siapa yang tak teringin memakai busana pengantin rekaan pereka terkenal seperti Vera Wang atau pereka tempatan yang punya sentuhan magis seperti Rizalman.
Tetapi apapun pilihan dan citarasa anda, ukur baju di badan sendiri dulu. Pastikan anda berbelanja untuk pakaian pengantin anda mengikut kemampuan, selain menyewa di butik-butik pengantin, kami beri satu lagi idea.
Anda boleh memilih dress, top atau skirt dari butik seperti H&M , Mango , Zara dan Top Shop untuk disarung pada hari berbahagia tersebut. Yang penting anda perlu bijak mix and match dan padankan dengan aksesori bersesuaian supaya tidak hilang pula seri pengantin anda. Bahagian paling menarik, anda boleh pakai semula pakaian tersebut selepas menjadi pengantin.
Ringkas, tetapi jadikan ia busana yang masih kekal anggun, classy dan klasik.
1. Anda boleh pilih untuk mengenakan dress maxi, fabrik dari chiffon dan lace membuatkan busana ini nampak mewah. Anda boleh mengenakan inner warna sedondon berlengan untuk nampak lebih sopan.
3. Dress pendek seperti ini mungkin tidak berapa sesuai untuk perkahwinan melayu. Tetapi anda boleh padankan dengan kain potongan mermaid atau flare. Bayangkan dress midi ini sebagai alternatif baju kurung moden.
3. Skirt labuh dari fabrik satin. Satin juga adalah salah satu fabrik yang sesuai untuk menaikkan seri ratu sehari.
4. Top putih. Idea kami sama juga seperti dress pendek, padankan dengan kain labuh potongan glamor. Selepas majlis nanti, anda boleh gayakan kasual, malah dengan jeans.
4. Padankan dengan aksesori seperti subang dan rantai.
5. Aksesori kepala. Tidak lengkap busana pengantin tanpa aksesori kepala. Memandangkan busana anda sudah ringkas, anda boleh menyewa atau menempah layah (veil) panjang atau tiara. Cadangan lain, aksesori dari H&M dan Sereni & Shentel pun sudah memadai.