Pelbagai cara dilakukan untuk kekal kurus dan ramping. Wanita ini mengambil langkah esktrem dengan makan 51 biji pisang sehari untuk kekal kurus dan ramping, bunyinya sangat meloyakan anak tekak bukan, tapi inilah cara wanita ini.
Wanita yang hanya dikenali sebagai Freelee ini merupakan pengamal gaya hidup makan buah-buahan sahaja. Menurutnya, regim amalan diet peliknya ialah dia akan makan makanan mentah sehingga jam 4 petang setiap hari.
“Makan di antara 2000 dan 5000 kalori sehari, ertinya dia makan makanan mentah atau dipanaskan sehingga pukul 4 petang, biasanya terdiri daripada sejumlah besar buahan tunggal, seperti dua biji penuh nanas, lima biji mangga, dua liter jus oren, 1.4kg aprikot ataupun 20 biji pisang.”
Freelee mendakwa telah kehilangan 40 pounds dengan cara ini.
Dengan hanya makan buah-buahan sehari, mampukah anda? PERINGATAN! Walaupun pisang mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri namun pisang tidak sesuai untuk mereka yang menghidap penyakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula dalam pisang adalah sangat tinggi dan mungkin boleh memudaratkan kesihatan si pesakit.