Pekan di negara Brazil iaitu Cândido Godói merupakan antara pekan paling unik dan ianya dikenali dengan nama ‘Twin Land’ disebabkan bilangan luar biasa kelahiran kembar di sana. Dengan lebih daripada satu kehamilan dalam setiap sepuluh menjadi kelahiran kembar, bandar itu mempunyai kadar anak kembar hampir 1,000 peratus lebih tinggi daripada purata anak kembar di dunia. Dan yang paling aneh, banyak usaha telah dilakukan untuk menjelaskan fenomena itu, dan ramai pemerhati telah menyalahkan pihak Nazi.
Mereka mengatakan fenomena itu disebabkan oleh salah seorang penyokong Adolf Hitler iaitu Dr Joseph Mengele – yang juga dikenali sebagai Malaikat Maut. Sesetengah ahli sejarah percaya doktor dari Auschwitz melarikan diri ke Brazil berikutan kejatuhan Reich Ketiga. Di sana dia terus melakukan ujikaji perubatan yang mana dia telah menjadi terkenal semasa perang berlaku dan dia didakwa telah bertanggungjawab untuk kematian 400,000 orang Yahudi.
Di dalam misi untuk mewujudkan bangsa utama Aryan, Mengele yang merupakan pegawai perubatan residen di Auschwitz dari Mei 1943 sehingga bulan Januari 1945 terus melakukan ujikaji untuk meramaikan lagi penyokong Adolf Hitler. Walaupun bekerja di kem kematian, dia melakukan eksperimen kejam ke atas ramai tawanan perang untuk menghasilkan genetik kembar – dalam usaha untuk meningkatkan tentera dan bangsa Aryan untuk tuannya ( Adolf Hitler ).
Penduduk di pekan itu mengatakan yang Mengele melawat banyak bandar itu pada tahun 1960an, dan menyamar sebagai doktor haiwan tetapi kemudian menawarkan rawatan perubatan kepada wanita.