Akhirnya pelawak popular, Zizan Razak mengakui sedang hangat bercinta dengan pelakon cantik, Emma Maembong. Malah, Zizan dalam satu temubual bersama Media Hiburan baru baru ini mengakui yang hubungannya dan Emma Maembong kini dalam fasa serius dan mereka telah isytiharkan diri mereka sebagai pasangan kekasih pada 24 Februari 2013 lalu.
“Kami mula serius atau dalam erti kata lain ‘declare’ sebagai kekasih pada 24 Februari 2013. Itu pun selepas dia menyertai Wire Fame Entertainment”
“Soal kahwin, insya-Allah bulan Januari 2015. Ini kerana kami perlu melihat segala kontrak yang kami ada dahulu,” jelasnya lagi.