Semua orang suka makan roti dan pastri tapi susah nak mendapatkan roti dan pastri yang betul-betul memuaskan hati. Kalau boleh biarlah yang lembut bila dikunyah malah punya rasa yang enak dan berbaloi dengan harga. Ini, kami senaraikan 5 kedai roti dan pastri yang boleh anda kunjungi.
1. KOMUGI, MID VALLEY MEGAMALL
Komugi merupakan kedai roti dan bakeri dari Jepun. Mempunyai pelbagai pilihan roti dan pastri yang sedap, disertai dengan harga yang berpatutan, mungkin bila anda ke sini anda nampak roti agak keras di luar tetapi percayalah bila anda makan ianya sangat lembut. Penulis sukakan kedai roti dan pastri ini, lembut dan sedap.
- KOMUGI
- LG 078, Lower Ground Mid Valley Megamall, Petaling Jaya
2. TOUS LES JOURS, BUKIT BINTANG
Ini adalah sebuah kafe kedai roti Perancis-Asia itu amat popular di negara-negara seperti Korea Selatan, Vietnam, China dan Amerika Utara. Selain roti dan pastri mereka, Tous les Jours juga menawarkan pencuci mulut lazat seperti macarons dan pelbagai jenis kek.
- Tours les Jours, WOLO Bukit Bintang, 126A-C, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
- 03-4065 0088
3. THE LOAF
Roti dan pastri di The Loaf dibuat setiap hari menggunakan teknik tradisional Jepun. Produk ini hanya mengekalkan kualiti yang terbaik, bahan semula jadi dan bebas bahan kimia dalam persediaan setiap roti. Selaras dengan falsafah syarikat, semua produk diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi sama ada import atau tempatan.
- Avenue K,
- Bangsar Village 11
- Cenang Mall
- Cheras Sentral Mall
- Empire Shopping
Gallery
- Great Eastern Mall
- NU Sentral
- Paradigm Mall
- Pavillion Kuala Lumpur
- Sogo Outlet
- Sunway Piramid
- The Curve
- The Mines
- Tokyo Street Pavillion Level 6
4. THE BREAD SHOP, DAMANSARA HEIGHTS
The Bread Shop merupakan kedai roti dan pastri yang terletak di Damansara Height. Ia terletak di tempat yang agak jauh dalam beberapa kawasan perumahan, tetapi mudah dikesan kerana orang ramai. Mempunyai pelbagai pilihan yang menjanjikan kualiti terbaik, sedap dan enak.
- The Bread Shop, 1 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara
5. LEVAIN BOULANGERIE & PATISSERIE
Terletak di Jalan Imbi, di mana banglo gaya kolonial terdapat di sini, anda akan mendapati Levain Boulangerie & Patisserie, kedai roti gaya Perancis yang meyediakan roti dan pastri yang lembut, hangat sambil menikmati secawan
kopi. Roti dan pastri dibakar sepanjang hari menggunakan yis semula jadi, di dalam ketuhar batu tradisional yang memberikan rasa yang unik dan tekstur kepada roti dan pastri.
- Levain Boulangerie & Patisserie, No. 7, Jalan Delima, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
- +603 2142 6611 / +603 2142 6612
6. CAKE SENSE, TTDI KUALA LUMPUR
Di sini mempunyai pelbagai jenis roti, kek dan juga muffins. Roti sangat lembut dan sedap, kiranya berbaloi jika anda datang jauh ke sini. Cake Sense juga ada di beberapa cawangan lain.
- Cake Sense, No 26, (G Floor), Jalan Tun Mohd Fuad, TTDI
- 03-6272 1851