Lebih baik dan lebih menarik tahun ini, edisi ke-22 pertandingan Johnson’s Baby of the Year (BOTY) merupakan landasan yang sempurna untuk si manja yang comel dan keletah, sihat dan pintar menawan hati orang ramai di seluruh Malaysia! Dari 1 Mei – 30 Jun, Johnson’s Baby menjemput ibu bapa (dan ‘bintang’ kecil kesayangan mereka) menyertai salah satu pertandingan bayi comel yang paling dinanti-nantikan di Malaysia.
Tahun ini, Johnson’s Baby bekerjasama dengan panel pakar paediatrik dan neonatologi yang diketuai oleh Dr Anna Padmavathy Soosai, dan juri selebriti Johnson’s BOTY yang pertama, Dynas Mokhtar, dalam pencarian bintang termuda paling comel dan menawan hati di Malaysia! Pertandingan Johnson’s BOTY 2014 mengambil pendekatan yang lebih holistik kepada perkembangan kanak-kanak, di mana penilaian bukan sekadar berdasarkan sifat-sifat fizikal, bahkan melibatkan aspek perkembangan kognitif dan sosio-emosi juga.
Selain menawarkan kategori baru berdasarkan umur tertentu – 0-12 bulan, 13-24 bulan dan 25-36 bulan, pertandingan Johnson’s BOTY 2014 dianjurkan lebih besar dan lebih baik dengan unsur baru dan menarik, termasuk tawaran lebih banyak hadiah bernilai sehingga RM 100,000 untuk dimenangi. Selain itu, semua bayi akan dijadikan bintang Johnson’s Baby dan diberikan liputan dalam media.
Cara Penyertaan Pertandingan Johnson’s Baby of the Year
Untuk penyertaan, cuma lampirkandua keping gambar terbaik si manja anda. Kemudian, beli produk Johnson’s Baby bernilai sekurang-kurangnya RM15 untuk melayakkan penyertaan, dan simpan resit sebagai bukti pembelian.
Ingat, bayi mesti berumur di antara 0-36 bulan, dan setiap bayi yang menyertai pertandingan ini akan disiarkan dalam majalah!
Lengkapkan borang penyertaan dan kepilkan gambar berserta resit. Penyertaan boleh diserahkan di kedai-kedai yang mengambil bahagian di mana khidmat fotografi percuma juga disediakan; melalui pos ke alamat Johnson’s Baby of The Year 2014 Contest, PO Box 3186 Subang Jaya, Selangor; atau secara dalam talian melalui Johnson’s Baby Facebook Page: www.facebook.com/ilovejohnsonsbaby.com.
Sementara itu, ibu bapa boleh mengunjungi acara Johnson’s BOTY sehingga 20 April di ruang legar 1Utama (Old Wing, Concourse Level), dan mendapat peluang awal untuk menyertai pertandingan serta menikmati promosi menarik sepanjang acara ini!
Untuk maklumat lanjut tentang pertandingan Johnson’s Baby of the Year contest, sila layari www.facebook.com/ilovejohnsonsbaby.com.