Bukan Burj Khalifa tetapi kini Kingdom Tower bakal menjadi bangunan tertinggi di dunia. Minggu depan bermulanya pembinaan Kingdom Tower, sebuah pencakar langit dengan ketinggian 3,280 kaki terletak di Arab Saudi sekaligus menjadi bangunan tertinggi di dunia.
Difahamkan menara ini akan mempunyai 200 tingkat dan 568 kaki lebih tinggi daripada bangunan tertinggi pada masa ini, Burj Khalifa di Dubai.
Kingdon Tower akan menjadi summer utama pelancongan, yang mengandungi Hotel Four Seasons, kondominium mewah dan teres 8 kaki di tingkat 157 di mana pengunjung boleh melihat pemandangan bandar Jeddah sepanjang Laut Merah. Pembinaannya dijangka menelan kos $1.23 billion, memerlukan 80,000 tan keluli dan 5.7 juta kaki persegi konkrit.
The Wire melaporkan bahawa menara akan dibina oleh kumpulan Arab Bin Laden, syarikat pembinaan yang dimulakan oleh bapa Osama Bin Laden, Mohammad. Berpusat di Chicago Adrian Smith & Gordon Gill Architecture akan mereka bentuk bangunan.
Putera Arab Saudi, Putera Alwalweed berkata pada tahun 2011, pembinaan Kingdom Tower bertujuan untuk menghantar mesej kekuatan mengenai kejayaan ekonomi Arab Saudi, sebahagian besarnya disebabkan oleh bekalan minyak secara besar-besaran di negara ini.
Sumber:elitedaily