1. Pil perancang kehamilan
Jika anda merancang keluarga dengan mengambil pil perancang kehamilan,pil ini hanya memberi kesan kepada kesuburan semasa anda menggunakannya dan untuk beberapa minggu selepas anda berhenti (lebih lama untuk DEPO-Provera). Malah menurut satu kajian, wanita yang mengambil pil ini lebih dari 10 tahun mempunyai potensi untuk hamil setiap kitaran haid 25% lebih tinggi daripada wanita yang baru mengambilnya selama 2 tahun.
2. Kafein
Pengambilan kafein dalam jumlah sederhana (kurang daripada 300 mg atau 16 auns kopi sehari) tidak menjejaskan kesuburan wanita . Malah wanita yang mengambil kafein daripada minuman teh didapati lebih subur. Walaubagaimanapun, kafein boleh memberi risiko untuk wanita mengalami keguguran ketika hamil.
3. Pengguguran kandungan
Pada waktu dahulu, kompilasi seperti jangkitan kuman ketika menggugurkan bayi akan memberi kesan kepada potensi untuk seseorang wanita untuk hamil pada masa akan datang. Namun pada masa kini, jika ia dilakukan oleh pakar, pengguran bayi kini jauh lebih selamat. Jangkitan berlaku kurang daripada 1 peratus setiap masa.
4. Tekanan
Menurut kajian yang dilakukan oleh BMJ (British Medical Journal) ,yang meneliti beberapa kajian mengenai tahap tekanan di kalangan wanita yang menjalani rawatan IVF menunujukkan , tiada hubungan antara keadaan emosi seseorang tempoh masa yang diambil untuk hamil.
5. Ujian kesihatan rutin
Radiasi dalam dos yang kecil daripada ujian kesihatan seperti MRI, X-ray, dan mamogram, tidak akan merosakkan rizab ovari anda. Untuk rawatan yang melibatkan radiasi yang lain, anda perlu bertanya kepada doktor samada ia akan menjejaskan kesuburan anda.