Terfikir bagaimana caranya agar kehadiran di sesuatu majlis itu disedari. Adakah dari segi penampilan? Gaya pemakaian? Tutur kata? Budi bicara? Wanista kongsikan tips mudah ini.
1. Orang kata senyuman mampu memberikan gambaran yang positif tentang diri anda. Jadi, lemparkan senyuman paling manis bila anda tiba di sesebuah majlis atau parti. Ia akan membuatkan kamu kelihatan peramah, mudah didekati dan disenangi ramai.
2. Pilih pakaian yang up-to-date dan pastikan ia sesuai dengan majlis dan tubuh anda dan juga keselesaan.
3. Tambahkan pengetahuan am dan isu semasa dengan mengambil tahu hal yang berlaku di sekeliling anda. Barulah tidak kekok bila berbual nanti. Tapi, janganlah sampai kisah peribadi pun mahu diambil tahu juga, memadai yang asas sahaja.
4. Berjalan dan bercakap penuh yakin!
5. Pakai kasut tumit tinggi untuk serlahkan keyakinanmu. Tapi jika tidak biasa memakainya, lebih baik anda menyarung flats yang elegan dan sesuai dengan majlis yang dihadiri.
6. Mahu curi perhatian? Tak semestinya mengenakan solekan tebal, solekan biasa dan ringkas sudah memadai. Yang penting anda bijak bawa diri bila ke sesuatu majlis.
7. Pegang segelas air untuk elakkan dirimu nampak kekok lebih-lebih lagi bila kamu keseorangan.
8. Sentiasa humble bila berbual. Barulah orang akan suka.
9. Jika anda tidak sempat bersolek kerana terburu-buru, apa kata sapukan saja gincu rona terang yang mampu serlahkan penampilan.
10. Bertegur sapa dengan tetamu lain ketika di majlis, mana tahu mungkin boleh bertemu dengan kawan baru, jika yang ingin mencari teman inilah masanya.
Sumber – Majalah Cosmopolitan