Selepas pelakon veteran Wan Maimunah bertemu jodoh semula pada usia 60 tahun Disember tahun lalu, kini pelakon Ruminah Sidek , 68 ,tahun pula akan mengikut jejak langkah yang sama.
Menurut laporan Astro Awani, pelakon veteran yang juga dikenali sebagai Mak Mah ini telah membuat pengesahan sudah bertunang dengan seorang peneroka Felda Jelai, Gemas, Negeri Sembilan pada 19 April lalu dan bakal bernikah pada 17 Mei depan.
Mak Mah telah bertemu dan berkenalan dengan Al-Fatah , 70 tahun ketika mengerjakan umrah di Mekah pada Mac lalu.
Berkata kepada Mstar Online, ketika mengerjakan umrah kali ini jiwanya secara tiba-tiba berasa sunyi dan terasa ingin mempunyai pasangan hidup. Manakala, Al-Fatah yang yang turut sama mengerjakan umrah sememangnya berniat untuk berdoa dikurniakan isteri.
Seperti sudah ditakdirkan, mereka kemudiannya berkenalan sebelum pulang ke Malaysia dan berkongsi hajat masing-masing.
Mak Mah juga melahirakan rasa bersyukur kerana anaknya menerima perkara tersebut dengan baik dan gembira kerana dapat menghabiskan saki baki hidup saya sebagai seorang isteri.