Sebuah kedai roti di Chicago, Amerika Syarikat telah mencipta Wonut – iaitu manisan hibrid daripada wafel dan donat. Pencuci mulut yang dijual pada harga kira-kira RM10 setiap satu itu dijual di Waffles Cafe dan telah mendapat sambutan di luar jangkaan selepas berjaya dijual sehingga 150 keping pada waktu pagi.
Bagaimana pula dengan rasanya? Alex Hernandez, 43, yang merupakan pemilik kedai, memberitahu Mail Online bahawa rasanya amat rangup diluar, lembut seperti kek dan manis dan perasa kegemarannya ialah ‘Chocolate Mexico’ kerana serbuk koko pedas yang dapat membantu mengimbangi rasa Wonut itu. Proses membuat wonut pula melibatkan pembuatan wafel biasa di dalam gril. Kemudian ia digoreng dalam minyak sayur-sayuran dan dicelup dalam gula, Marshmallow, sirap, atau coklat.