Apabil anak sudah mulai dewasa dan mula dapat mengemukakan pendapatnya sendiri maka saat itulah ibu bapa harus menjadi ayah – ibu yang memahami dan memberikan sokongan terhadap anak kita. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu dan jangan anda lakukan kepada anak anda :
1. Jangan terburu – buru ” menyelamatkan harinya ” . Memasuki level pendidikan yang baru bererti sama dengan anak anda mula mengenali dunia baru. Oleh sebab itu , biarkanlah dia menyesuaikan diri sendiri sebab dengan begitu dia akan mencari ketenangannya tersendiri untuk bergaul dengan orang lain .
2. Jangan terlalu risaukan tentang keputusan akademik anak-anak anda. Sekolah bukanlah tempat untuk mendapatkan keputusan yang bagus saja , tetapi tempat dia belajar menjadi manusia yang berpendidikan dan beradab.
3. Dengar luahan hatinya. Setiap anak pasti mempunyai cerita tentang apa yang sedang atau baru saja dia alami . Sebagai orang tua , anda perlu membuka telinga dan memberi perhatian anda kepadanya. Tunjukkan bahawa anda peduli tentang apa yang dia rasakan.
4. Ekspresi diri anda bahawa anda yakin anak-anak anda akan berjaya di masa sekarang mahupun masa yang akan datang .
5. Tenang. Ketika anak beranjak besar maka terkadang ada saja tingkah laku atau kata – kata yang membuat anda ” sakit jantung ” . Sebagai ayah dan ibu, sifat ‘cool’ adalah sangat diperlukan untuk menangani setiap kejutan yang mereka tunjukkan .
6. Tetap perhatikan diri anda. Anak anda akan mempunyai kesibukan di luar rumah – bergaul bersama rakan sekolah atau teman bermain , melakukan kegiatan yang dianggapnya penting . Untuk mengisi kekosongan tidak adanya dia di rumah , maka carilah kesibukan yang berguna untuk anda sendiri .