Sebelum ini kami pernah mengeluarkan artikel mengenai Lorde yang bakal berkolaborasi dengan jenama kosmetik gergasi MAC. Gincu signature Lorde adalah gincu berwarna ungu gelap. Penyanyi yang popular dengan lagu Royals berasal dari New Zealand ini amat sukakan kosmetik berjenama seperti MAC dan beliau mula membeli gincu dari jenama tersebut seawal usia 14 tahun lagi.
Jadi amat masuk akal apabila Lorde atau nama sebenarnya Ella Marija Lani Yelich-O’Connor, bakal berkerjasama dengan kosmetik MAC untuk mengeluarkan gincu Pure Heroine ( RM48 ) dan juga eyeliner Rapidblack ( RM60 ) yang akan dijual secara dalam online pada 5 Jun depan. Kerjasama Lorde dan MAC Cosmetics edisi terhad ini akan menampilkan gincu berwarna plum gelap yang sering dipakai oleh gadis 17 tahun semasa membuat penampilan di atas permaidani merah dan di atas pentas semasa membuat persembahan.