Istimewa untuk Koleksi Musim Bunga/Panas 2014, Jaspal membawakan barisan pakaian yang berinspirasikan kecantikan klasik era keemasan Hollywood dengan warna-warna pastel , neutral, corak floral dan tema nautika.
Helaian terbaru daripada Jaspal ini juga diberi sentuhan baru dengan corak petak merah , putih,hitam, terang,neon dan juga tekstur fabrik skuba untuk penampilan yang lebih edgy dan segar.
Bagi wanita yang mementingkan penampilan dan sentiasa mahu tampil trendy, buah tangan terbaru daripada Jaspal ini sememangnya memberi banyak pilihan kepada pengguna mengikut citarasa masing-masing malah mudah untuk disuai padan.
Koleksi warna pastel untuk nampak manis dan romantis, neon dan corak floral untuk mood ceria. Untuk gaya kasual, rekaan yang berinspirasikan pakaian lelaki, baju panas yang cantik, jaket pendek model boxy dan koleksi mewah seluar pendek dan skirt mini denim yang klasik dan memenuhi faktor gaya santai di hujung minggu.
Lebih menarik, koleksi ini juga turut menawarkan helaian glamour dari fabrik metalik dan corak geometrik dan rekaan eksotik untuk gaya pada malam hari .
Koleksi elegan dan menarik ini boleh didapati eksklusif di butik Jaspal di Mid Valley Megamall bulan ini !