Kata orang dalam mencari pekerjaan,its not about what you know, its all about who you know . Setuju tak? Kadang-kadang keputusan peperiksaan cemerlang dan kemahiran tinggi yang kita miliki belum tentu menjanjikan kita perkerjaan yang baik.
Mungkin mennyedari hakikat ini , seorang kanak-kanak perempuan telah menyerahkan resume ayahnya yang sudah menggangur selama 3 tahun kepada wanita nombor satu Amerika Syarikat, Michelle Obama. Charlotte Bell , 10 tahun telah yang telah menjadi tetamu pada acara tahunan di White House iaitu “Take Our Daughters and Sons to Work Day“
Gadis pintar ini telah mengambil peluang keemasan ini ketika sesi soal jawab. Berbanding bertanya soalan, Charlotte telah berjalan menuju ke arah Michelle Obama dan menyerahkan resume ayahnya sambil berkata.
“My dad’s been out of a job for three years and I wanted to give you his résumé,” (Bapa saya sudah tiga tahun tidak bekerja dan saya ingin memberi resume nya kepada anda ).
Terharu dengan tindakan gadis kecil itu, Obama kemudiannya memeluk gadis itu sambil berkata “Oh my goodness,“
Obama kemudiannya berkata ;
“Well it’s a little private, but she’s doing something for her dad. Alright?” ( Walaupun ianya sedikit peribadi, tetapi dia telah melakukan sesuatu yang baik untuk ayahnya. Betul kan? )
Dia kemudiannya memegang resume tersebut menggangkatnya dan berkata “ Got it!” ( Sudah dapat!). Sumber juga melaporkan yang beliau mengambil dan membawa pergi resume itu setelah majlis tamat.
Pengajaran daripada kisah ini? Kadang-kadang sifat malu tidak bertempat tidak membawa kita kemana. Untuk yang belum mendapat perkerjaan atau masih belum mencapai kepuasan dalam kerjaya, dalam persaingan yang tinggi untuk mendapat perkerjaan yang baik kita harus bijak mengambil peluang dan pandai “memasarkan diri”. Ini mungkin cara Charlotte (atau mungkin ayahnya) cara anda?