Tesco Stores Malaysia Sdn. Bhd ( Tesco Malaysia) hari ini mengumumkan kerjasama dengan artis hip hop Malaysia, Joe Flizzow. Joe Flizzow menawarkan koleksi HAVOC secara eksklusif di kedai-kedai Tesco terpilih.
Kerjasama Tesco Malaysia dengan Joe Flizzow akan menyediakan koleksi t -shirt dan topi yang boleh diakses dan mampu dimiliki oleh peminat dari semua peringkat umur dengan harga bermula daripada RM19.
Koleksi HAVOC yang datang dalam dua reka bentuk t -shirt untuk orang dewasa dan kanak-kanak juga termasuk topi akan disediakan di 30 kedai Tesco di seluruh Malaysia bermula 24 April 2014.
Havoc oleh Joe Flizzow boleh didapati di kedai-kedai di Ampang, Mutiara Damansara, Kota Bharu, Puchong, Melaka, Penang, Kepong, Shah Alam, Extra Klang, Extra Kajang, Bukit Indah, Tg. Pinang, Station 18 Ipoh, Kulai, Seri Alam, Desa Tebrau, Ipoh, Taiping, Extra Selayang, Mergong, Setia Alam, Rawang, SP Selatan, Extra Seremban 2, Nilai, Bukit Mertajam, Extra Cheras, Melaka Cheng, Manjung dan Sg. Petani.
Para pelanggan juga boleh membeli secara online melalui perkhidmatan Tesco Grocery Home Shopping (GHS) dengan membuat pesanan melalui http://eshop.tesco.com.my/.