Perdana menteri Korea Selatan telah memutuskan untuk meletakkan jawatan kerana kejadian feri karam di Korea Selatan yang melibatkan lebih 300 orang penumpang.
Chung Hong-won berkata beliau tidak mahu menjadi “beban kepada pentadbiran”.
Keluarga dan saudara-mara mangsa juga telah mengkritik operasi pemulihan yang dikatakan lambat.
Empat lagi anak kapal telah ditahan membawa kepada jumlah 15 orang atas tuduhan kecuaian dan tidak membantu penumpang apabila bot mula tenggelam pada 16 April yang lalu.
Salah satu jurumudi, Oh Yong-Seok, telah membuat permohonan maaf secara terbuka.
“Saya meminta maaf kepada keluarga mangsa kerana saya tidak dapat melaksanakan tugas saya sebagai salah seorang daripada anak kapal,” katanya.
Seramai 187 mayat telah ditemui manakala 115 lagi masih hilang dan dikhuatiri sudah meninggal dunia.
Kebanyakan mangsa adalah pelajar dari satu sekolah tinggi di bandar Ansan, di selatan Seoul.
Lebih daripada 100 orang penyelam sedang berusaha untuk menyelamatkan mereka yang hilang. Usaha dikatakan terjejas akibat arus pasang dan surut dan keadaan air keruh di mana penyelam sukar untuk melihat di dan mencari mereka.