Usia perkahwinan pasangan Adam dan Fiza baru memasuki 7 bulan tetapi banyak ura-ura yang kita dengar berlaku pergolakan dalam rumah tangga mereka. Malah, difahamkan perkahwinan Adam dan Fiza semakin goyah apabila Fiza memfailkan perceraian kepada mahkamah Rabu lalu bersamaan 16 April 2014.
Kini, spekulasi mengenai krisis rumahtangga Adam AF2 dan isterinya pelakon Fiza Elite akhirnya terjawab apabila mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah. Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Mohd Nazri Basrawi jam 1.05 tengah hari ini.
Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 33, sebelum itu mengemukakan permohonon lisan untuk mengadakan prosiding tanpa kehadiran wartawan atas alasan dia adalah seorang artis dan tidak mahu masalah rumah tangga mereka diketahui umum. Mahkamah kemudian membenarkan permohonan lisan Fiza dan memerintahkan semua wartawan yang berada di dalam mahkamah untuk keluar.
Harian Metro, Sinar Harian