Sempena pembukaan butiknya yang pertama di Malaysia, 30 April (Rabu) ini, jenama Monki, akan menganjurkan satu acara khusus untuk memperkenalkan jenama ini di pasaran Malaysia.
Dengan keluasan 241 meter persegi, butik ini akan dibuka di Nu Sentral mall, menampilkan konsep Sea of Scallops yang turut mendapat pencalonan dalam Anugerah Fesyen Global WGSN .
Pelanggan adalah dinasihatkan untuk berada di sana seawal dari 11:00 pada hari pembukaan, Rabu 30 April, pelanggan berpeluang untuk menerima hadiah khas seperti kad hadiah bernilai RM 50 untuk 100 individu pertama yang tiba dan beg tote eksklusif Monki untuk 300 pembeli pertama . Terdapat juga muzik secara langsung dari DJ duo, Twinkies dari 11:00 pagi -1:00 petang Selain itu , seni hiasan kuku dan hair chalk colouring akan disediakan antara jam 11:00 pagi -3:00 petang.
Sambutan akan diteruskan pada hari Sabtu dan Ahad, 3- 4 Mei, dimana pelanggan bakal mendapat perkhidmatan hiasan seni kuku dan hair chalk colouring pada jam 12 tengah hari sehingga 3 petang. DJ Jane Chuck juga akan memainkan muzik antara jam 12 tengah hari sehingga 2 petang.