Jaket tanpa lengan
Jaket bukan sahaja dipakai pada musim sejuk, bahkan anda boleh memakai jaket tanpa lengan pada musim bunga ataupun musim panas tetapi pilihla jaket tanpa lengan. Anda boleh padankan dengan sepasang seluar pendek dan Cami untuk yang kelihatan glamor. Anda boleh pilih jaket tanpa lengan titik polka, cetakan geografi dan motif bunga.
Kot tanpa kolar
Untuk musim bunga dan panas tahun ini, kot telah menjadi tumpuan pada pertunjukan fesyen tetapi dengan sedikit twist iaitu kot tanpa kolar. Anda boleh pilih untuk memakai kot tanpa kolar dengan cetakan bunga, warna neutral dan warna yang lebih terang jika anda mahu kot yang boleh dipakai pada bila-bila masa. Padankan dengan skirt pensil atau seluar, atau cuba pakai dengan jumpsuit anggun atau body-con dress.
Tops terang berwarna-warni
Pastel telah terbukti bergaya untuk musim bunga ini, tetapi ini adalah masa untuk menambah beberapa warna cerah pada pakaian anda.
Oren, biru, hijau, kuning dan merah adalah beberapa warna yang sesuai untuk musim panas ini dan dan ia akan kelihatan lebih bergaya jika dipadankan dengan skirt, seluar, palazzo berwarna terang lain,denim ataupun putih.
Aksesori metalik
Aksesori berwarna metalik adalah ‘perlu’ untuk musim panas ini tidak kiralah sama ada gelang, beg silang, sandal dan juga aksesori rambut.
Perak, gangsa dan emas semuanya tergolong dalam warna yang lebih kurang metalik dan bagi yang inginkan warna yang nampak lebih ‘anggun’, anda boleh mengenakan aksesori berwarna Rose Gold.
Jaket denim
Jaket denim akan sentiasa berada dalam gaya sepanjang tahun dan juga tidak lapuk dek fesyen terkini. Jaket denim berfungsi dengan sempurna ke atas pakaian maxi pada musim panas, seluar cropped dan skirt midi. Selain itu juga jaket denim terdapat dalam pelbagai ketebalan,pilih jaket yang nipis dan nampak trendy.